Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah,
rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya
di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai
hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir
disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran
Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah
Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi
peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk
dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata
“Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata
“ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam
peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan,
maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan
di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai
jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit
dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan
kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar”
adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia
mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan
ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di
atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di
tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di
tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang
menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada
di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk
bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang
Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah
pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah
berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini
bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan
rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat
Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa
kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi,
sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai
kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama
Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar
planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang
sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti
melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui
bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka
mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website
tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik
penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih
lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan
tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi
tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika
mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.
Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki
karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan
Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan
kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’,
di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum
kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan
yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika
seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat,
dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab
itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita
dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika
mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara
ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad
merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah
muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut
(dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan
batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar
Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu,
dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’
al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan
tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu
itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
Monday, January 28, 2013
NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertisment
Popular Post
-
(jika diminta passwordx adalah anchu) NB : buat link adf*ly ganti * dengan . (titik) PES 2012 versi 1.0.1...
-
Aplikasi Android Terbaru dan Terlaris Desember 2013 - Insomnia Nite Club, Bagi Anda yang memiliki smartphone atau tablet dengan sistem op...
-
Judul Asli: High School DxD (Season 2) Judul dalam tulisan Kanji: (ハイスクールD×D) Season 2 Jumlah Episode: 12 Episode Disiar...
-
hai sobat blogger, kali ini gw mau share cara flashing stock rom via odin. tapi mesti ingat DO IT WITH YOUR OWN RISK Jika device tidak ter...
-
Review Game : Assassin's Creed Syndicate - Insomnia Nite Club, Salam Insomnia gan, kini kami kembali memberikan info menarik te...
-
Sosok Misterius, Pahlawan di Tragedi Kereta Bintaro - Insomnia Nite Club, Kecelakaan kereta Commuter Line yang bertabrakan dengan mobil ta...
0 komentar
Post a Comment